Jenis-Jenis Kulit



"Kenali jenis kulit anda & kami bantu menyelesaikan masalah kulit anda!"

1.KULIT BIASA
  • Warna kulit sekata
  • Kulit bersinar
  • Imbangan antara kulit berminyak & kering
  • Kulit yang sihat
Kulit Normal ( pH 5.5 hingga 5.6 )
Jenis kulit ini adalah agak jarang dijumpa . Ia adalah imbangan diantara kulit kering dan kulit berminyak tetapi cenderung menjadi semakin kering mengikut aliran masa . Kulit normal mempunyai otot -otot yang teguh. Ia adalah lembut dan licin serta mempunyai warna kulit yang sihat . Liang-liang bulu romanya adalah ketat dan kulitnya berseri.

2.KULIT KERING
  • Kekurangan minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum
  • keduatan dan garis halus mula timbul
  • Kebiasaan kulit ini bebas daripada jerawat
Kulit Kering (pH 5.3 hingga 5.4 )
Keadaan kulit ini adalah kering sebab kurangnya sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Kulit kering boleh juga menjadi kontang kerana kekurangan lembapan pada kulit. Keadaan kulit ini senang dikenali dengan adanya garisan – garisan halus di sekeliling mata dan mulut. Keadaan kulit ini selalunya kasar dan kering pada hidung dan pipi . Leher yang berkedut adalah suatu sifat khasnya.

Sesiapa yang mempunyai kulit kering adalah bebas daripada masalah jerawat dan bintik tetapi semakin umur seseorang menjangkau tua, kekurangan sebum dan lembapan pada kulit akan mengakitbatkan kedut -kedut mata dan kulit kehilangan anjalnya.

3.KULIT MATANG
  • Kedutan, garis tebal
  • Kulit berkedut dan jatuh
  • Tiada penjagaan kulit dari awal usia
  • Disebabkan makanan tidak seimbang atau salah guna produk
Kulit Matang ( pH 5.1 hingga 5.2 )
Keadaan kulit ini mempunyai sifat – sifat kulit kering tetapi lebih teruk jika dibandingkan dengan kulit kering. Keadaan kulit ini kelihatan sangat kering, kurang anjal serta kontang jika tiada penjagaan kulit diamalkan semasa muda lagi. Selalunya keadaan kulit ini adalah disebabkan oleh kecucian dalam cara membersih yang belah dan melembabkan kulit serta makanan yang tidak seimbang. Kulit matang mempunyai garisan yang lebih dalam dan otot -otot kulitnya hilang keanjalan disebabkan kekurangan kelembapan dan terlalu membiarkan otot -otot muka dan leher dalam keadaan rehat.

4.KULIT BERMINYAK
  • Kelenjar sebum yang terlalu aktif mengeluarkan minyak pada muka
  • Jerawat halus/kecil (Papule, Pustules)
  • Bintik hitam & putih

5.KULIT SENSITIF
  • Kulit kemerahan
  • Kapilari pecah disisi pipi/tepi hidung
  • Kulit terlalu sensitif alahan
Kulit Sensitif Dan Alergi ( Alahan )
 Kulit ini adalah sangat halus dan selalunya mempunyai kencederungan kepada pecahan berambut darah pada pipi dan sisi hidung , dimana kulitnya sangat tegang dan nipis. Ia menunjukkan kecenderungan besar menjadi bintik atau berlakunya ruam pada kulit selepas satu perawatan yang kuat atau perangsangan melalui barangan penjagaan kulit yang kuat . Ia sangat sensitif terhadap kesejukan, panas dan angin.

6.KULIT GABUNGAN
  • Kawasan T-Zone (Dahi, hidung dan dagu)
  • Kawasan lain iaitu pipi kering/biasa
Kulit Gabungan
Kulit jenis ini adalah biasa dijumpai tetapi agak sukar diubati. Biasanya ia disifatkan mempunyai kawasan berminyak pada kawasan pertenggahan muka ( T-Zone ) dengan liang – liang bulu roma yang besar. Kadang – kala bintik -bintik muncul pada kawasan tersebut dengan liang-liang bulu roma yang tersumbat dan berbintik -bintik hitam. Di sisi pipi, sekeliling mata dan leher bagi jenis kulit ini selalunya agak kering.


INFO : Sudah tahu apa jenis kulit anda?

TAHNIAH!!!

1.Jika anda kulit berminyak,mungkin anda juga mengalami masalah kulit :
  • Liang roma terbuka
  • Congested problem 'bintik hitam, putih, sel kulit mati'
  • Parut kesan jerawat
2.Jika kulit anda kering/matang mungkin anda juga :
  • Kulit yang terlalu kontang (sangat kering)
  • Kulit tidak sekata (Jeragat)
  • Kulit kering sehingga mengelupas

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 019 3429729. Anda boleh call atau sms saya. Segala pertanyaan anda akan dilayan dan amat dialu-alukan.