Trial Pack / Set One Solution

zarraz paramedical, set one solution zarraz, produk terbaru zarraz, zarraz propaganza, masalah kulit sensitif, rawatan kulit sensitif
Set One Solution - RM150.00

Set One Solution merupakan Set Trial yang unik lagi complex yang dipackagingkan khas untuk merawat masalah kulit terutamanya untuk masalah kulit sensitif, jerawat, jeragat, kulit kusam, eczema, kulit gatal, kulit berminyak, jerawat halus dan kulit gabungan.
Kandungan setiap produk yang terdapat dalam Set One Solution ini 100% sama seperti apa yang terkandung dalam packaging sebenar (botol warna merah). Namun hanya saiz packaging yang dikecilkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan packaging sebenar Zarraz Paramedical supaya setiap orang mampu mencuba dan memiliki produk ini tanpa membebankan mereka untuk mengeluarkan wang ringgit dengan jumlah yang banyak.

Produk-produk yang terkandung dalam Set ini adalah:

1. Calming Cleansing Milk - 15ml
2. Firming Cleanser - 20ml
3. Essence Sebum Gel - 10ml
4. Sun Protection SPF50 - 10ml

Berikut merupakan beberapa tips penggunaan produk ini.

1.  UNTUK MASALAH KULIT NORMAL, KERING & MATANG


1. Gunakan Calming Cleansing Milk sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

2. Kemudian Cuci semula wajah anda dengan Firming Cleanser selepas itu. Gunakan Firming Cleanser ini sebanyak 2 kali sehari sama seperti calming cleansing milk.

3. Sapu ringan essence sebum gel di kawasan minyak, T-zone atau pori-pori terbuka jika ada. Hanya gunakan produk ini sekali sahaja dalam sehari. Tidak perlu guna banyak kali kerana ia boleh mengeringkan wajah anda sehingga kelihatan mengelupas.

4. Selepas Essence Sebum Gel betul-betul telah kering (sehingga tiada rasa melekit) barulah gunakan Produk Sun Protection SPF50 ini. Sapu rata dan oleskan perlahan-lahan ke seluruh wajah anda supayan produk ini boleh menyerap sehingga ke lapisan dermis kulit.

Tips untuk anda: Gunakan Sun Protection SPF50 sekerap mungkin bagi mendapatkan kulit yang bersinar, segar dan sihat. Boleh gunakan sehingga 4 ke 5 kali sehari. Anda juga boleh gunakan ini semasa tidur menggantikan produk night cream.


2.  UNTUK MASALAH KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT KECIL / BESAR


1. Gunakan Calming Cleansing Milk sebagai pencuci muka yang pertama untuk menyingkirkan kotoran-kotoran dan bacteria jahat yang terdapat dalam kulit anda. Gunakan sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

2. Selepas muka dibilas dengan air bersih, Gunakan pula Firming Cleanser sebagai pencuci muka kedua yang mana produk ini mampu menyingkirkan kotoran sehingga ke lapisan dermis dan melegakan rasa stress.  Produk ini juga perlu digunakan 2 kali dalam sehari sama seperti produk Calming Cleansing Milk.

3. Selepas wajah dikeringkan, Sapukan Essence Sebum gel pada keseluruhan wajah pada tempat yang berminyak dan berjerawat.

4. Pastikan Essence Sebum Gel telah kering sepenuhnya kemudian pakaikan pula Sun Protection SPF50 di seluruh wajah. Sapu rata dan oleskan perlahan-lahan ke seluruh wajah untuk mendapatkan kulit yang gebu, segar dan bersinar.

Tips untuk anda: Gunakan Essence Sebum Gel sekerap mungkin bagi mengecutkan jerawat dan kawalan kulit yang berminyak. Gunakan juga Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50 semasa tidur untuk mempercepatkan proses rawatan jerawat anda.


3.  UNTUK MASALAH KULIT SENSITIF, GATAL, KULIT YANG MENGELUPAS & EKZEMA

SEBELUM
 SELEPAS

1. Gunakan hanya 2 produk sahaja terlebih dahulu sehingga kemerahan dan kegatalan pada wajah hilang. 2 produk tersebut adalah Calming Cleansing Milk & Sun Protection SPF50. GUnakan dalam tempoh masa 1 ke 2 minggu.

2. Selepas kulit anda sihat, anda bolehlah memakai keseluruhan produk yang terkandung dalam set one solution ini.

3. Gunakan pencuci muka Calming Cleansing Milk sebanyak 3 kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.

4. Firming Cleanser hanya digunakan 2 kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan petang.
5. Sapu ringan Essence Sebum Gel pada tempat berminyak, bintik hitam/putih dan liang roma terbuka jika ada. Hanya gunakan produk ini sekali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi.

6. Kemudian sapu rata Sun Protection SPF50 ke seluruh wajah dan oles dengan lembut supaya meresap ke lapisan dermis kulit. Perlu gunakan produk ini sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Dan jadikan juga produk ini sebagai krim malam anda.

Tips untuk anda: GUnakan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 sekerap mungkin bagi memperkuatkan struktur kulit dan meredakan kemerahan kulit anda.


4.  UNTUK MASALAH KULIT GABUNGAN

1. Cuci muka menggunakan Calming Cleansing Milk sebagai pencuci muka yang pertama. Gunakan produk ini sebanyak 2 kali sehari.


2. Cuci semula wajah anda menggunakan Fiming Cleanser selepas Pencuci Calming Cleansing Milk itu telah dibilas. Boleh pakai produk ini sebanyak 2 kali sehari sama seperti pencuci susu.

3. Sapu ringan Essence Sebum Gel pada kawasan yang berminyak, T-zone, Bintik Hitam / Putih dan Liang Roma terbuka sahaja.

4. Sesudah itu sapukan pula Sun Protection SPF50 selepas Essence Sebum Gel tadi telah kering sepenuhnya sehingga tiada rasa melekit. Sapu dengan rata dan perlahan-lahan produk ini bagi mendapatkan kulit yang cantik dan segar sentiasa. Jadikan juga produk ini sebagai krim malam anda.

Tips untuk anda: Gunakan Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50 siang dan malam sekerap mungkin bagi memiliki kulit yang cerah, sekata dan seimbang.
Set One Solution ini pasti menjadikan kulit anda Sihat, Segar dan Berseri tanpa sebarang masalah wajah.

Gunalah tanpa was-was. Telah terbukti dengan ratusan testimoni.

'Beauty Is Responsibility'

Mengatasi Masalah Kulit Kusam

Anda merasa risau kerana kulit wajah anda kelihatan kusam, tidak bermaya dan kurang berseri….pelbagai petua dan produk telah anda cuba tetapi tiada yang berkesan…

Usah risau atau bimbang lagi kerana kami di ZARRAZ PARAMEDICAL akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah bertukar dan terus menggunakan produk ZARRAZ PARAMEDICAL…kerana kami ada pakar produk rawatan dan kecantikan kulit yang unggul, kami hanya menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi daripada pati tumbuh-tumbuhan yang telah terpilih dan diyakini serta telah teruji keberkesanannya.

Produk ZARRAZ PARAMEDICAL adalah 100% TANPA Bahan Kimia & 100% TANPA Bahan Pengelupasan. Ianya bersifat PARAMEDICAL yakni gabungan alternative perubatan Hemopathy, Ayurvedic & Reverse Anti Aging.

Mengutamakan kesan perubatan jangka masa panjang & bukan kesan yang sementara. Formula Zarraz Paramedical telah dikaji dan diuji selama 2 tahun sebelum dipasarkan. Ianya dicipta oleh sekumpulan Saintis, Doktor dan Pakar Kecantikan yang mempunyai kelulusan dan pengiktirafan.

Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Halal untuk digunakan.


Kesan yang positif boleh dilihat dalam seawal tiga hari penggunaan sahaja. Dan penggunaan berterusan akan menambah baikkan lagi tekstur kulit, semakin berseri, tampak halus dan mulus.

Ianya sesuai digunakan oleh semua jantina dan peringkat umur. Kami menggunakan teknologi pencerahan yang selamat dan semulajadi (bukan produk pemutihan yang mengandungi bahan kimia)

Setiap produk ini mengandungi minyak pati aromatherapy daripada bunga lily putih, freesia dan kemboja yang berfungsi mengawal stress.



Kami sangat prihatin dan amat mengutamakan pelanggan. Anda boleh berhubung dengan pihak kami pada bila-bila masa sahaja. Segala masalah dan pertanyaan anda akan cuba kami selesaikan dan jawab dengan tangan terbuka.

Kerana motto kami di ZARRAZ PARAMEDICAL adalah…

  ‘Beauty is Responsibility’
‘Kecantikan Adalah Satu Tanggungjawab’

Calming Cleansing Milk
Calming Cleansing milk
Sebuah pembersih susu semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersihkan mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema.
Kelebihan utama produk :
  • Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
  • Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
  • Pencuci solekan yang lembut.
Firming Cleanser
firmingcleanser

Sebuah pembersih dalam bentuk gel semulajadi dengan gred pudina tertinggi, Rosemary, bunga Camomile dan ekstrak kayu sugi. Membantu membersihkan kekotoran pada kulit dan membuatkan kulit terasa lebih segar dan cerah. Tanpa buih dan bebas dari bahan sodium laureth sulfate.
Kelebihan utama produk :
  • Mencuci dan menganjalkan kulit tanpa menarik kelembapan.
  • Kulit semakin sihat. Kulit akan terasa segar dan sejuk.
  • Rawatan alternatif untuk resdung.
Refreshing Hydrating Lotion (Toner)
refreshinghydratinglotion
Merupakan losyen unik yang kompleks, mengandungi 9 jenis ekstrak tumbuhan untuk memberikan ketenangan pada kulit, membantu menyegarkan kulit yang lesu dan menambah kelembapan pada kulit. Juga menutup liang roma, mencegah kedutan dan membuat kulit terasa segar. Ini adalah formulasi yang sangat baik untuk semua jenis kulit.
Kelebihan utama produk :
  • Mengandungi asid amino dan niacin untuk kesuburan kulit agar sentiasa kelihatan segar.
  • Anti-bakteria dan anti-oksidan.
Sun Protection-SPF50
spf50
Agen perlindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Mengandungi 3 gabungan khasiat, vitamin E, bunga matahari dan jojoba sebagai anti oksida. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.
Kelebihan utama produk :
  • Medium anti-oksidan terbaik.
  • Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selamat 500 minit.
  • Membunuh sel penyakit eczema, psoriasis dan sel kanser.
  • Jaminan kulit kelihatan muda 4 tahun dari sebelum.
Stem Cell Serum
stemcellserum
Sebuah serum yang dapat menjana kerosakan kulit, kolagen dan elastin di mana ia dapat mengurangkan kedutan dan garis halus supaya menjadi lebih lembut, muda dan sekata.
Kelebihan utama produk :
  • Meningkatkan 1600% protein kepada kolagen yang telah hilang dengan sekali pemakaian.
  • Mengurangkan kedutan dan kulit sentiasa nampak segar dan tegang.
Stem Cell Sleeping Gel
sleepinggel (1)
Sebuah gel yang dibuat khusus untuk semua jenis kulit. Rawatan krim insentif yang digunakan pada waktu malam membantu menyeimbangkan semula tahap PH, melegakan, melembutkan, mencerahkan, dan menyihatkan kulit. Juga boleh digunakan di kawasan mata untuk mendapatkan edaran yang lebih baik.Kelebihan utama produk :
  • Fungsi 5M: Menghaluskan, menggebukan, menganjalkan, mencerahkan dan menegangkan.
  • Kulit sentiasa nampak segar selepas bangun tidur.
Essence Sebum Gel
sebumgel
Formula Phyto-Bio kejuruteraan gel yang sesuai untuk semua jenis kulit yang dapat mengurangkan bintik hitam dan jerawat pada bahagian kulit yang terjejas tanpa kesan yang menyakitkan. Penyelenggaraan harian gel ini juga mengurangkan rembesan minyak, menutup liang roma, memberi perubahan jelas juga menghasilkan kulit yang licin serta memberikan hasil yang ketara di dalam 10 hari pemakaian.
Kelebihan utama produk :
  • Mengawal dan menghilangkan bintik hitam dan bintik putih secara semulajadi tanpa perlu memicit.
  • Menyembuhkan kulit bermasalah kesan dari bahan kimia dan jerawat.
I-Moisturizer
imoisturizer (1)
Dengan gred EnzymeQ10 dan minyak Rosehip, ia dapat memberikan kelembapan pada kulit. Dapat mengurangkan garis-garis halus dan mencerahkan kulit serta menjadikan kulit anda lebih muda.
Kelebihan utama produk :
  • Membina dan menghasilkan sel baru Q10 pada kulit.
  • Memperbaiki kulit kering yang rosak.
  • Jaminan kulit terpelihara lembap dan muda.
Oxygenating Radiant Mask
mask2
Meningkatkan tahap oksigen dan kelembapan kepada kulit. Tenaga dan menguatkan tekstur kulit. Menjadikan kulit lebih sihat, licin, mencerahkan dan kulit berseri. Arahan pengunaan : perlahan-lahan letakkan mask ke seluruh wajah untuk semalaman. Gunakan sekali seminggu.
Clarifying Renewal Mask
mask2 (1)
Pengimbangan Semula tahap pH. Kawalan berminyak dan melegakan masalah jerawat. Juga baik untuk kulit sensitif. Membaiki dan membina sel baru untuk kulit. Arahan penggunaan: perlahan-lahan letakkan mask ke seluruh wajah untuk semalaman. Gunakan sekali seminggu.

‘Beauty is Responsibility’


Masalah Ekzema dan Penyelesaiannya


RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit.


Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap eczema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.

Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.

Sistem imun yang malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif dan mudah mendapat alahan.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Rawatan Masalah Ekzema
Biasanya jika menjalankan rawatan di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan pil alahan, krim untuk mengurangkan gatal kulit, serta alahan. Cara ini bukan cara yang terbaik merawat ekzema untuk jangkamasa panjang, tetapi rawatan secara natural merupakan kaedah yang lebih berkesan.

Bagi anda yang mengalami masalah eczema, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke spa kami di Zarraz Spa untuk mendapatkan khidmat nasihat (skin Consultation) dari Aesthetician, specialist Beauty consultant, Doktor Homeopathy & Anti-Aging dan Beautician yang bertauliah dan mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam bidang masalah kulit dan kesihatan.

Namun jika anda berada di luar kawasan kuala lumpur dan Selangor, anda tidak perlu risau jika tidak dapat berkunjung ke zarraz spa kami kerana anda masih berpeluang mendapat rawatan masalah eczema ini dengan membeli set produk zarraz paramedical. Produk zarraz paramedical yang dikhaskan untuk merawat masalah ekzema ialah Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF-50. Produk Zarraz Paramedical ini mampu memberi nafas, kesihatan dan keyakinan baru kepada anda kerana ia mampu menyelesaikan masalah kulit iritasi, eczema, kulit bersisik, berpanau, kulit retak dan sebagainya.


Calming Cleansing Milk (50ml) RM75
Sebuah pembersih muka semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersih mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif yang mengalami masalah eczema.

Kelebihan utama produk:
  • Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
  • Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
  • Pencuci solekan yang lembut. 


Sun Protection SPF-50 (20ml) RM80
Agen perlindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Mengandungi 3 gabungan khasiat vitamin E, bunga matahari dan jojoba sebagai anti-oksida. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Kelebihan utama produk:
  • Medium anti-oksidan terbaik.
  • Melindungi kulit anda daripada UVA & UVB selamat 500 minit.
  • Membunuh sel penyakit eczema, psoriasis dan sel kanser.
  • Jaminan kulit kelihatan muda 4 tahun dari sebelum.

Khasiat dan kelebihan Buah Raspberry & Bunga Lili Putih:-
  • Sangat penting untuk kekuatan dan ketahanan tubuh kerana dapat meneutralkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan dalam tubuh.
  • Membersihkan kulit sehingga ke lapisan dermis dan melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah atau membantutkan proses yang dapat mengarah kepada pembentukan sel-sel kanser.
  • Mengandungi zat antibakteria dan boleh membantu menurunkan kolesterol.
  • Melicinkan kulit sehingga tetap kelihatan muda.
  • Melambatkan proses penuaan dan menjaga kulit dari paparan sinar UV sehingga kulit tidak mudah hitam.
  • Mengatasi dan merawat jerawat.
  • Menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka di kulit.
  • Mencegah pertumbuhan kanser dan membantu mengatur kadar kolesterol.
  • Menjaga kelembaban kulit, memberikan rawatan special bagi kulit kering, kulit iritasi dan kulit sensitif.
  • Meningkatkan kelekatan dan kestabilan kelembapan air yang ada di kulit.
  • Merawat dan mencegah penyakit kanser. 
Testimoni Penguna 

SEBELUM
SELEPAS

Panduan pengurusan Ekzema :
  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzema.

    Jika wajah anda sekarang mempunyai ciri-ciri terjadinya ekzema, mahupun yang telah mempunyai sedikit ekzema di wajah, bertindaklah untuk mencegahnya sekarang sebelum wajah anda menjadi lebih parah.

    'Beauty is Responsibility'

    Cara Mengatasi Kulit Sensitif

    Pada umumnya kulit yang sensitif adalah kulit yang kulit nipis dengan kapilari dibawah lapisan kulit. 
    Gejalanya seperti mudah iritasi dan berjerawat, gatal,kemerahan dan kering. Ketika terkena perubahan suhu, kulit sensitif dengan mudah akan menjadi merah.

    Kekurangan faktor kelembapan semula jadi, kerosakan daya rintangan kulit (kulit tidak dapat mengekalkan kelembapan), pendingin udara dan cuaca lampau (panas, kering dan berangin) menyebabkan kulit terasa tegang dan kering. Justeru, penghidratan adalah penting untuk melegakan kulit kering dan sensitif.

    Kulit sensitif mudah rosak apabila terkena kotoran atau ketika menggunakan produk perawatan yang mengandungi bahan cukup keras atau bahan kimia yang tinggi

    Sekiranya anda mempunyai masalah kulit sensitif betindaklah segera untuk mencegah kerana ia boleh mengakibatkan wajah anda menjadi seperti ini:-

    Oleh itu Zarraz Paramedical telah mengeluarkan produk semulajadi 100% tanpa bahan kimia bagi menyelesaikan masalah kulit sensitif.  Memperkenalkan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 penyelesaian terbaik bagi masalah kulit sensitif anda.



    Penggunaan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 dapat membantu masalah anda.  

    Pam pencuci susu (Calming Cleansing Milk) pada tapak tangan sebesar syiling 20sen. Kemudian sapukan pada 5 titik wajah iaitu dagu, pipi kiri, pipi kanan, atas hidung dan dahi. Kemudian ratakan keseluruh wajah anda. Ambil 2 ke 3 titis air dan ratakan pada wajah keseluruhannya. Sapu pencuci membulat dan keatas untuk penyerapan yang optimum. Buat urutan pada wajah sebaiknya 2minit, lebih lama lebih baik untuk penyerapan pada wajah. 

    Pencuci ini tidak mengeringkan kulit sebaliknya memberi kelembapan selepas cucian.  Rawatan ini mampu melegakan dan menyembuhkan anda daripada terus menderita akibat kulit sensitif.



    Seperti yang anda tahu kulit sensitif akibat dari lapisan kulit anda menipis, maka anda perlukan agen perlindungan UV SPF50.  

    Pam SPF50 pada tapak tangan sebesar duit syiling 10sen. Kemudian sapukan pada 5 titik wajah iaitu dagu, pipi kiri, pipi kanan, atas hidung dan dahi. Kemudian ratakan keseluruh wajah anda. Lebihkan pada bahagian cela dan bermasalah. Sapukan juga pada bahagian leher untuk dapatkan tona sekata bahagian muka dan leher.


    Agen perlindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Mengandungi 3 gabungan khasiat, vitamin E, bunga matahari dan jojoba sebagai anti-oksida. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

    Testimoni selepas menggunakan CALMING CLEANSING MILK dan SUN PROTECTION SPF50.

    PN FLORA, AMPANG, SELEPAS 28 HARI MENGGUNAKAN 
    CALMING CLEANSING MILK

    PN NURIN, TERENGGANU, SELEPAS SEBULAN MENGGUNAKAN
    SUN PROTECTION SPF50

    Jenis-Jenis Kulit



    "Kenali jenis kulit anda & kami bantu menyelesaikan masalah kulit anda!"

    1.KULIT BIASA
    • Warna kulit sekata
    • Kulit bersinar
    • Imbangan antara kulit berminyak & kering
    • Kulit yang sihat
    Kulit Normal ( pH 5.5 hingga 5.6 )
    Jenis kulit ini adalah agak jarang dijumpa . Ia adalah imbangan diantara kulit kering dan kulit berminyak tetapi cenderung menjadi semakin kering mengikut aliran masa . Kulit normal mempunyai otot -otot yang teguh. Ia adalah lembut dan licin serta mempunyai warna kulit yang sihat . Liang-liang bulu romanya adalah ketat dan kulitnya berseri.

    2.KULIT KERING
    • Kekurangan minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum
    • keduatan dan garis halus mula timbul
    • Kebiasaan kulit ini bebas daripada jerawat
    Kulit Kering (pH 5.3 hingga 5.4 )
    Keadaan kulit ini adalah kering sebab kurangnya sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Kulit kering boleh juga menjadi kontang kerana kekurangan lembapan pada kulit. Keadaan kulit ini senang dikenali dengan adanya garisan – garisan halus di sekeliling mata dan mulut. Keadaan kulit ini selalunya kasar dan kering pada hidung dan pipi . Leher yang berkedut adalah suatu sifat khasnya.

    Sesiapa yang mempunyai kulit kering adalah bebas daripada masalah jerawat dan bintik tetapi semakin umur seseorang menjangkau tua, kekurangan sebum dan lembapan pada kulit akan mengakitbatkan kedut -kedut mata dan kulit kehilangan anjalnya.

    3.KULIT MATANG
    • Kedutan, garis tebal
    • Kulit berkedut dan jatuh
    • Tiada penjagaan kulit dari awal usia
    • Disebabkan makanan tidak seimbang atau salah guna produk
    Kulit Matang ( pH 5.1 hingga 5.2 )
    Keadaan kulit ini mempunyai sifat – sifat kulit kering tetapi lebih teruk jika dibandingkan dengan kulit kering. Keadaan kulit ini kelihatan sangat kering, kurang anjal serta kontang jika tiada penjagaan kulit diamalkan semasa muda lagi. Selalunya keadaan kulit ini adalah disebabkan oleh kecucian dalam cara membersih yang belah dan melembabkan kulit serta makanan yang tidak seimbang. Kulit matang mempunyai garisan yang lebih dalam dan otot -otot kulitnya hilang keanjalan disebabkan kekurangan kelembapan dan terlalu membiarkan otot -otot muka dan leher dalam keadaan rehat.

    4.KULIT BERMINYAK
    • Kelenjar sebum yang terlalu aktif mengeluarkan minyak pada muka
    • Jerawat halus/kecil (Papule, Pustules)
    • Bintik hitam & putih

    5.KULIT SENSITIF
    • Kulit kemerahan
    • Kapilari pecah disisi pipi/tepi hidung
    • Kulit terlalu sensitif alahan
    Kulit Sensitif Dan Alergi ( Alahan )
     Kulit ini adalah sangat halus dan selalunya mempunyai kencederungan kepada pecahan berambut darah pada pipi dan sisi hidung , dimana kulitnya sangat tegang dan nipis. Ia menunjukkan kecenderungan besar menjadi bintik atau berlakunya ruam pada kulit selepas satu perawatan yang kuat atau perangsangan melalui barangan penjagaan kulit yang kuat . Ia sangat sensitif terhadap kesejukan, panas dan angin.

    6.KULIT GABUNGAN
    • Kawasan T-Zone (Dahi, hidung dan dagu)
    • Kawasan lain iaitu pipi kering/biasa
    Kulit Gabungan
    Kulit jenis ini adalah biasa dijumpai tetapi agak sukar diubati. Biasanya ia disifatkan mempunyai kawasan berminyak pada kawasan pertenggahan muka ( T-Zone ) dengan liang – liang bulu roma yang besar. Kadang – kala bintik -bintik muncul pada kawasan tersebut dengan liang-liang bulu roma yang tersumbat dan berbintik -bintik hitam. Di sisi pipi, sekeliling mata dan leher bagi jenis kulit ini selalunya agak kering.


    INFO : Sudah tahu apa jenis kulit anda?

    TAHNIAH!!!

    1.Jika anda kulit berminyak,mungkin anda juga mengalami masalah kulit :
    • Liang roma terbuka
    • Congested problem 'bintik hitam, putih, sel kulit mati'
    • Parut kesan jerawat
    2.Jika kulit anda kering/matang mungkin anda juga :
    • Kulit yang terlalu kontang (sangat kering)
    • Kulit tidak sekata (Jeragat)
    • Kulit kering sehingga mengelupas